Sunday, January 31, 2010

Pengenalan

Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban telah ditubuhkan pada tahun 1947 oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia dan dikenali ketika itu sebagai Rumah Kanak-Kanak Negeri yang tujuannya pada waktu itu adalah untuk memberi perlindungan dan jagaan kepada kanak-kanak yang terbiar,yatim dan tidak mempunyai penjaga dan yang masuk ketika itu adalah kanak-kanak normal.

Pada tahun 1978 institusi ini telah dikhaskan untuk penjagaan dan latihan bagi kanak-kanak kurang upaya akal.Sejajar dengan itu institusi ini telah ditukarkan namanya kepada Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah iaitu bersempena nama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Sehingga tahun 1983 institusi ini telah memberi jagaan kepada semua kategori kanak-kanak kurang upaya akal samada yang sederhana mahupun yang teruk.

Mulai tahun 1984 institusi ini telah dihadkan untuk menerima kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur di bawah 14 tahun serta boleh dilatih sahaja sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.